Header Ads

Loading...

Dr Mahathir Habiskan Masa Sehari Jumpa Penduduk Langkawi Kawasan Yang Disebut-Sebut Akan Beliau Tandingi


DR Mahathir Mohamad hari ini menghabiskan masa sehari di Langkawi, bertemu dengan penduduk di salah satu kawasan parlimen yang disebut-sebut akan beliau tandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tiba di Langkawi pukul 12 tengah hari bersama isteri, Dr Siti Hasmah Ismail dengan menaiki feri dari jeti Kuala Perlis.

Pada sebelah petang, bekas perdana menteri itu beramah mesra dengan penduduk di perkampungan Bukit Malut.

Malam ini, Dr Mahathir mengadakan pertemuan sembang santai dengan penduduk di pusat daerah mengundi Nyiur Chabang, bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Loading...


Dr Mahathir disahkan oleh PH baru-baru ini sebagai calon perdana menterinya sekiranya gabungan pembangkang itu dapat mandat rakyat untuk jadi kerajaan persekutuan dalam PRU14, yang perlu diadakan sebelum Ogos ini.

Langkawi adalah satu antara beberapa kawasan parlimen yang dijangka sedang dipertimbangkan oleh PH untuk ditandingi oleh Dr Mahathir, selain Kubang Pasu dan Putrajaya untuk jadi perdana menteri.

Semasa 22 tahun jadi perdana menteri antara 1981 dan 2003, Langkawi – perkampungan nelayan dan petani – berubah jadi destinasi pelancongan antarabangsa antaranya hasil idea-idea pembangunan beliau.

Ini termasuk menjadikan pulau itu sebagai zon bebas cukai, membangunkan lapangan terbang antarabangsa serta jeti untuk kapal layar dan bot mewah berlabuh dan menganjurkan acara sukan antarabangsa termasuk lumba basikal Tour de Langkawi.

Dr Mahathir, yang semasa jadi perdana menteri dianggap jurucakap negara membangun, turut memilih pulau itu sebagai tuan rumah Dialog Antarabangsa Langkawi yang diadakan dua tahun sekali sejak 1995 untuk merapatkan hubungan antara Asia dan Afrika.

Langkawi juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 1998.

Sumber: TMI

No comments

Loading...