Header Ads

Loading...

Dr M: Saya Bukan Hina Penjual Nasi Lemak, Pemandu Uber


DR Mahathir Mohamad menegaskan kenyataannya mengenai penjual nasi lemak dan pemandu e-hailing bukanlah berniat untuk menghina.

Sebaliknya pengerusi Bersatu berusia 93 tahun itu berkata, tujuan sebenarnya adalah untuk membangkitkan isu graduan menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber kerana dasar ekonomi negara yang menutup peluang pekerjaan dalam bidang dipelajari mereka semasa di universiti, lapor The Malaysian Insight.

“Ini bukan soal menghina sesiapa. Ada orang jual nasi lemak kerana itu cara mereka menyara hidup. Ada orang yang terpaksa bawa kereta Uber bukan kerana itu pilihan mereka.


Loading...

“Mereka terlatih dalam bidang yang lebih tinggi di mana melayakkan mereka (apabila keluar) menjadi jurutera dan sebagainya,” katanya di pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata graduan negara ini begitu terdesak hingga terpaksa bekerja sebagai penjual nasi lemak dan pemandu Uber .

Beliau menyalahkan kerajaan kerana gagal menyediakan sistem pendidikan bermutu.

Bagaimanapun, kenyataannya itu dikecam oleh ramai pihak terutama beberapa menteri Kabinet Umno.

Menjawab kritikan tersebut, beliau berkata situasi tersebut juga adalah satu pembaziran.

“Orang ini terpaksa, bukan kerana kesilapan mereka tapi kerana dasar kerajaan yang kononnya ekonomi menguntungkan negara dengan KDNK perkapita tinggi tapi orang (graduan) ini masih menganggur.”



“Kalau kita nak semua graduan buat nasi lemak, buat pilihanlah siapa jual nasi lemak. Kita akan hantar ke universiti supaya dia balik guna pelajaran yang didapati di universiti boleh beri pulangan pendapatan yang lumayan kepadanya.

“Tetapi kerana peluang ini tidak ada kerana dasar ekonomi negara maka mereka terpaksa menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber untuk menyara hidup, ini bukan pilihan mereka."

No comments

Loading...