Header Ads

Loading...

Dr M: Ku Li Kata Dia Dah Pencen


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seteru politik lamanya Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu calon perdana menteri pembangkang bahawa beliau sudah bersara daripada politik.

“Dia bagi tahu saya, dia dah bersara tak mahu lagi terlibat dalam politik.

“Saya jumpa dia di majlis perkahwinan, duduk sebelah, (tapi) tak cakap pasal politik sebab dia dah bersara,” kata Mahathir dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini, lapor Malaysiakini.

Loading...


Dia berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau cuba menarik Tengku Razaleigh, veteran Umno dan anggota parlimen Gua Musang, untuk menyertai pasukannya.

Mahathir pada 80-an menerima tentangan hebat Tengku Razaleigh atau Ku Li yang mencabarnya sebagai pengerusi Umno ketika itu.

Pertembungan itu membawa pada pengharaman Umno dan Ku Li kemudian menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan Mahathir pula Umno (Baru).

No comments

Loading...