Header Ads

Loading...

"Biarlah Saya Senyum Terhadap Kebencian Dan Kemarahan Mereka" - Mahfuz


KUALA LUMPUR: Biarpun dilempar kutukan, sindiran dan ejekan, termasuk serangan keras berunsur peribadi oleh ahli-ahli PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan terus berlapang dada dan tidak akan membalas atau menjawab serangan mereka.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau sama sekali tidak akan berkecil hati kerana apa yang penting baginya ialah hubungan sesama muslim tidak akan terputus semata-mata perbezaan wadah politik kepartian, lapor Astro Awani.

Bagi saya hanya cukup membalas dengan senyuman setelah diumpamakan seperti buah buruk oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana sikap itulah yang saya pelajari dari buku tulisan Timbalan Presiden Pas yang berjudul `senyumlah`.


Loading...

“Senyum terhadap kebencian dan kemarahan mereka terhadap saya akan memberi kebahagiaan kepada kehidupan saya dan keluarga,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kata bekas naib presiden PAS itu, beliau faham kekecewaan dan kemarahan kepimpinan parti susulan tindakannya menyertai Parti Amanah Negara pada 1 Jan lepas.

“Sebagaimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, keterlibatan atau intima' saya bersama PAS adalah berpaksikan kepada keyakinan untuk memperjuangkan ajaran Islam dalam kerangka melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar terutamanya dalam aspek politik dan sistem pemerintahan negara bagi menegakkan keadilan Islam serta menentang segala bentuk kemungkaran, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan harta negara.

“Saya merasakan telatah politik PAS terutama sejak dua tahun kebelakangan ini sudah mula mengkhianati prinsip yang saya genggam maka saya tidak rela menggadaikan prinsip semata-mata kerana takut atau gentar kepada celaan manusia,” katanya lagi.

Berkenaan soal lafaz baiah serta cabaran meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, Mahfuz berkata, beliau tidak akan mudah terjebak dengan polemik sebegitu.

“Saya amat memahami dan menginsafi baiah tersebut yang intipatinya janji taat setia dan patuh kepada jemaah dan pemimpin selama mana tindak-tanduknya selari dengan tuntutan ajaran Islam.

“Islam bukannya agama yang sempit sebaliknya Islam adalah agama yang maha luas yang menyediakan jalan keluar dari kesempitan dan merungkai segala kesulitan,” katanya lagi.

No comments

Loading...
loading...