Bersungguh Tatap Wajah Ibu Sebelum Ajal “4 Beranak Teguk Racun”
Seorang ibu rumah tangga Evi Suliastin 26 berada dalam
keadaan sekarat manakala 3 anaknya meninggal dunia di percayai akibat meneguk
racun serangga di jombang jawa timur.
Tiga kanak-kanak malang berkenan dikenali sebagai Syahid
Mohd Syaiful Alfaqih 6 tahun,Umi Ayu Qurani 4 tahun dan Umi Fuziah berusia 4
bulan.
Kesemua mangsa ditemukan kira-kira jam 21.00 semalam selepas
salah seorang anak tetangga yang merasa curiga dengan keadaan rumah yang
terlalu sunyi.
Menurut saksi Hadi Sholeh 15,dia telah disuruh oleh ibu
beranak tiga berkenan untuk membeli nasi,selepas membeli nasi dia masuk kerumah
jirannya itu semula dan mendapati rumah itu dalam keadaan sunyi.
Loading...
Namun Sholeh mendengar suara batuk dari dapur rumah itu.Saksi
kemudian mendatangi sumber suara dan menemukan 3 beradik itu sudah tidak
sedarkan diri,Manakala ibu mereka menggelupur sambul menahan sakit.
Saksi kemudian meminta pertolongan orang awam,sebelum
membawa kesemua mangsa kehospital.namun sayang 3 beradik itu sudah pun
meninggal dunia sebelum mendapat rawatan,manakala ibu mereka masih bisa
diselamatkan.
Bagaimanapun pihak polis sehingga pagi ini masih dalam usaha
menyiasat punca kejadian.menurut satu sumber Evi Suliastin dilihat beberapa
minggu terakhir dalam keadaan murung akibat masalah rumah tangga.
Sehari sebelum kejadian Evi sempat memuat naik gambar
bersama 3 anaknya dilaman media sosial,dalam gambar itu , mangsa Umi Fuziah
berusia 4 bulan bersungguh menatap wajah ibunya seolah olah bayi itu tau bahwa
umurnya tidak akan panjang lagi.
Post a Comment