Header Ads

Beri Peluang Harapan Tadbir Negara, Kata Mukhriz


KUALA LUMPUR - Rakyat perlu memberi peluang kepada Pakatan Harapan (Harapan) untuk mentadbir Malaysia selepas PRU14 nanti bagi mengukuhkan semula ekonomi negara ini yang semakin hancur di bawah kerajaan sedia ada.

Naib Presiden Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai krisis terpaksa dihadapi oleh negara berikutan daripada kegagalan pentadbiran kerajaan sedia ada dalam memperjuangan nasib rakyat di negara ini.

"Dulu kita tak ada masalah sebegini kerana semua orang dapat hidup senang dan hubungan antara kaum juga baik tapi kini pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh rakyat.


Loading...

"Saya fikir sudah sampai masanya untuk rakyat bagi kita peluang supaya Harapan dapat mengambil alih pentadbiran negara pada PRU14 nanti,"  katanya ketika berucap sewaktu Sambutan Hari Thaipusam yang berlangsung di Batu Caves, sebentar tadi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mukriz yang jug merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaklumkan bahawa Harapan telah membuktikan kemampuannya sebelum ini apabila berjaya meneraju Selangor dan Pulau Pinang dengan baik selepas mengambil alih pimpinan negeri itu daripada Umno-BN.

Beliau berkata, sekiranya pendekatan yang sama digunakan di peringkat persekutuan, ia diyakini dapat mengembalikan semula Malaysia ke landasan sebenar dengan kekuatan ekonomi seperti negara maju lain.

"Kita tidak mahu rakyat terbeban lagi malah ekonomi negara akan diyakini melonjak naik selepas Harapan mengambil alih kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut menggesa seluruh rakyat supaya untuk menolak sebarang unsur politik perkauman bagi mengekalkan kesejahteraan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum serta agama.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa pemimpin politik dilihat telah menyalahgunakan agama demi untuk kepentingan mereka sendiri bagi meraih sokongan daripada rakyat.

"Semua pihak perlu menolak semua jenis politik perkauman kerana kita sebagai rakyat ingin hidup bersatu di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum," katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...