Header Ads

Berang Ditanya 'Bila Nak Kahwin?', Suspek Bunuh Wanita Sarat Mengandung 8 Bulan


Seorang lelaki yang dikenali sebagai FN atau nama panggilannya Nunur, tergamak membunuh jirannya, Aisyah, 32, yang sedang hamil, hanya kerana berang selalu ditanya bila mahu mendirikan rumah tangga, lapor Suara.com.

Lelaki berusia 28 tahun itu membunuh Aisyah yang sarat mengandung lapan bulan pada Jumaat lalu (19 Januari) di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya.

Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis pada Ahad lalu di Kalideres, Jakarta Barat untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal pihak polis mendapati, sebelum kejadian itu Nunur dikatakan sedang duduk termenung di hadapan rumahnya. Pada masa yang sama, Aisyah yang kebetulan lalu di depan rumah Nunur, datang menghampiri lelaki itu dan memberikan nasihat agar segera bernikah.

Loading...


"Mangsa berkata kepada suspek, 'Segera berkahwin, yang lain kan sudah menikah semua. Kenapa kamu tak kahwin-kahwin lagi'. Bagaimanapun, nasihat mangsa itu telah menyinggungkan perasaan suspek," kata pihak polis.

Merasakan maruah dirinya seperti dipijak-pijak, suspek pada pagi Jumaat (19 Januari) telah datang ke rumah Aisyah. Tanpa curiga dengan kehadiran lelaki itu, Aisyah mempelawanya masuk ke ruang tamu.

Aisyah kemudian masuk ke bilik tidurnya dan tanpa disedari suspek juga turut mengekorinya dari belakang. Mangsa ditolak dan terjatuh atas katil. Suspek kemudian mencekik mangsa.

Mangsa cuba melawan dan menggigit jari suspek. Tetapi suspek yang lebih kuat terus mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa.

Bimbang mangsa masih hidup, suspek kemudian memijak leher mangsa untuk memastikan mangsa benar-benar mati.

"Selepas membunuh mangsa, suspek mengambil wang mangsa sebanyak 800,000 rupiah dan telefon bimbit mangsa," kata pihak polis.



Suspek sempat melarikan diri ke ibu kota, tetapi berjaya dijejaki oleh polis lalu ditangkap. Ketika ditangkap, suspek cuba melawan dan akibatnya polis terpaksa melepaskan satu das tembakan di kaki suspek.

"Polis telah menyita sejumlah barang bukti dari suspek seperti motosikal, bantal, selipar, baju dan kain. Suspek akan didakwa dan bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup," katanya.

No comments

Loading...