Header Ads

Banyak Parti Bertanding, Beri Kelebihan Kepada BN - Ku Li


GUA MUSANG - Pertambahan parti yang bertanding pada PRU14 bakal memberi ancaman kepada parti-parti yang tidak dapat mengekalkan pengaruh di satu-satu kawasan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, situasi ini sekaligus memberi kelebihan kepada BN untuk terus mengekalkan kedudukan.

"Pendirian kita adalah kita tetap bertanding di semua kawasan seperti biasa. Malah, jika.ada pertambahan, ia lagi meriah jika ada parti lain yang bertanding.


Loading...

"Soal majoriti lebih atau tidak, itu kita tidak tahu namun melihat kepada keputusan lepas, kita tetap dapat mengekalkan pengaruh kita di satu-satu tempat yang bertanding.

"Malah, mungkin akan berlaku pecah undi bagi parti yang mana calonnya tidak dapat mengekalkan pengaruh lebih-lebih lagi dengan wujudnya parti serpihan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto , di sini, semalam.

Tambah Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, beliau yakin BN akan dapat mengekalkan pengaruh lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.

- Sinar Harian

No comments

Loading...