Header Ads

Loading...

Azwan Buat Laporan Polis Dakwaan Skandal Seks Azmin


Selebriti kontoversi Azwan Ali hari ini membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang didedahkan sebuah blog baru-baru ini.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.

“Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya.


Loading...

“Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.

“Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan selepas membuat laporan polis tersebut.


Sehubungan itu selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA itu mencabar individu terbabit dalam dakwaan berkenaan agar tampil membuat laporan polis.

"Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa masalah kau,” kata Azwan.

Mengulas lanjut, Azwan berkata kehadiran beliau hari ini bukanlah kerana kasih sayangnya kepada Azmin sebaliknya atas prinsip berani kerana benar.

“Ini bukan soal sayang tetapi soal perjuangan saya, walau dia bapa saya sekalipun kalau dia lakukan jenayah bukan saya untuk pertahankan dia," dakwanya lagi.
Azmin awal minggu ini menafikan tuduhan di blog berkenaan yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Katanya, artikel itu berniat jahat dan merupakan fitnah terhadapnya menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat akses ke blog berkenaan selepas seorang wanita membuat laporan polis.

Sementara itu Azwan turut menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengantung kedudukan Azmin selaku ahli lembaga pengarah pihak berkuasa itu sehingga siasatan selesai.

- Malaysiakini

No comments

Loading...