Header Ads

Loading...

AZALEA Pastikan Sokongan Pengundi Muda


KUALA LUMPUR: Sahabat Puteri Barisan Nasional (AZALEA) akan bergerak sebagai sebahagian pasukan barisan pertama bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat sokongan pengundi muda.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi muda berusia bawah 40 tahun adalah seramai 14.8 juta orang atau 40 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar.

"Perangkaan SPR itu juga menunjukkan 20 peratus pula adalah pengundi kali pertama.

"Justeru, adalah penting, pasukan Sahabat Puteri BN meyakinkan anak muda bahawa BN adalah parti terbaik," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran AZALEA di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di sini, hari ini.


Loading...

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 peserta itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir ialah, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mas Ermieyati berkata, Puteri UMNO berjanji akan memberikan yang terbaik untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Kita tidak mahu ketinggalan dalam menzahirkan sokongan di bawah paksi Sahabat Puteri Barisan Nasional dengan menterjemahkan kesepakatan kami melalui gerak kerja tersusun.

"Hari ini, kita semua menjadi saksi terciptalah sejarah yang diinspirasikan sejak penubuhan Puteri dengan lahirnya AZALEA 2018 hari ini yang

menghimpunkan Rangkaian Sahabat Puteri BN," katanya.

Mas Ermieyati berkata, AZALEA adalah simboliknya yang menggambarkan kedamaian dalam keanggunan.

Katanya, AZALEA yang tumbuh bervariasikan warna merah jambu dan ungu membawa erti kesepakatan, persahabatan 'sisterhood' dan semangat kekeluargaan dari Rangkaian Sahabat Puteri BN seluruh Malaysia.

"Simbolik ini diharapkan menjadi lambang perpaduan dan kekuatan wanita muda yang menjadi sebahagian daripada tunjang BN.

"Kita menyambut baik amanat Perdana Menteri yang menjadikan 2018 sebagai Tahun Pemerkasaan Wanita.

"Justeru, Sahabat Puteri BN akan membantu kepemimpinan dan pergerakan dalam memperkukuhkan pemahaman dan semangat perjuangan BN," katanya.

- BH Online

No comments

Loading...