Header Ads

Loading...

Atlet Pelapis Berbasikal Maut


PADANG BESAR: Atlet pelapis berbasikal negeri ini, maut selepas terbabas ketika menjalani latihan di kawasan berbukit di Wang Kelian, di sini, tengah hari, tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Ghazani Abd Ghani, berkata, mangsa Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman, 18, maut di tempat kejadian selepas basikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum melanggar penghadang jalan.


Loading...

"Kita menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan sekitar jam 1 tengah hari. Mangsa dipercayai terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri Jalan Wang Kelian menghala ke Kaki Bukit.



"Siasatan awal juga mengesahkan bahawa mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa maut kerana cedera parah di kepala dan badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya.

- BH Online

No comments

Loading...