Header Ads

Loading...

Apabila Pakatan Ibarat Menjilat Ludah Sendiri, Kata Salleh


KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pembangkang sentiasa mengatakan bahawa jika membentuk kerajaan baharu, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad dihukum atas kesalahannya.

Beliau berkata, sejak 1998, pembangkang selalu mendakwa bahawa  ia mempunyai bukti yang cukup untuk memaksa Dr Mahathir dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi perbicaraan atas kesalahan dan salah guna kuasa yang dikatakan dilakukannya sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri.

"Cogan kata pembangkang sejak 20 tahun yang lalu adalah Malaysia perlu diselamatkan dan ini hanya akan berlaku jika Dr Mahathir digulingkan.


Loading...

"Mahathir dikenal pasti sebagai puncanya dan dan jika puncanya tidak dihapuskan, maka punca segala kerosakan tidak boleh dikeluarkan.

"Akibatnya, timbul persepsi ramai bahawa rakyat bersatu menentang Mahathir dan tidak bersatu di bawah Mahathir," kata beliau menerusi  catatannya dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh menyatakan bahawa rakyat menyokong di belakang bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dianggap sebagai mangsa dan Mahathir sebagai penyerang.

"Dan sebabnya dia menjadi mangsa, kata Anwar, ialah kerana beliau menentang penyalahgunaan kuasa Dr Mahathir dan mendedahkan kesalahannya.

"Hari ini, rakyat Malaysia diberitahu cerita yang berbeza dan bertentangan dengan apa yang mereka telah diberitahu selama 20 tahun yang lalu.

"Bagaimanakah Pakatan menjelaskan dan mewajarkan ini selain menyatakan bahawa satu-satunya perkara terpenting ialah untuk menggulingkan Perdana Menteri tanpa mengira bagaimana ia dilakukan?" katanya. - Bernama

No comments

Loading...
loading...