Header Ads

Loading...

Apa Maksud ROTFLMAO, Soal Dr M Kepada Pengguna Twitter


PETALING JAYA: Pengguna media sosial hari ini berpeluang “mengajar” Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin tahu makna di sebalik slanga internet “ROTFLMAO”.

Walaupun kebanyakan mereka terhibur, persoalan itu turut membuktikan akaun Twitter Dr Mahathir benar-benar dikendalikan bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu sendiri, lapor FMT.

ROTFLMAO ialah singkatan untuk “rolling on floor laughing my ass off” yang bermaksud sangat kelakar sehingga tergolek di lantai.


Loading...

Slanga itu digunakan penghibur televisyen, Vernon Adrian Emuang semasa bertindak balas terhadap satu klip video pendek Dr Mahathir.
Sesetengah pengguna media sosial cuba menerangkan maksud slanga itu secara langsung tanpa perkataan tidak senonoh.

Seorang pengguna Twitter @roslanzz menulis: “Ketawa terbahak-bahak sampai terkincit-kincit”. Bukan terjemahan paling tepat, tetapi ia hampir kepada maksudnya.”

Netizen lain pula bermain dengan akronim itu untuk “mengenakan” Dr Mahathir yang mengetuai Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Rasa Orang Tak Faham Lagi Malaysian Authorities O,” tulis Eric Willem.

Redzwan Sam pula menulis: “Rasa Oren Terbaik From Luar Malaysia Amat Oh-sem”.

No comments

Loading...