Header Ads

Loading...

Anina Nasihat Rakyat Jangan Undi ‘Pembina Putrajaya’


KUALA LUMPUR: Salah seorang bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin menasihatkan rakyat tidak mengundi Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipilih Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri mereka.

Beliau yang kini mengetuai badan bukan kerajaan dinamakan Empirical Malaysia mengingatkan pengundi memilih parti dan calon yang boleh membela nasib orang Melayu serta Bumiputera demi masa depan negara dan generasi akan datang.

“Kita turun mengundi nanti ini untuk masa depan anak cucu nanti, bukan untuk diri kita, bukan kerana kita taksub pada sesiapa ataupun undi kerana dia bina bangunan tertinggi (di Malaysia), bukan undi kerana dia bina Putrajaya,” katanya yang merujuk kepada Dr Mahathir.

Loading...


Bercakap sidang media sempena program Empirical Talk hari ini, Anina menggesa orang Melayu supaya bersatu dan menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) demi survival generasi akan datang.

“Sekarang orang Melayu dibahagi antara 5 parti – Umno, Bersatu (PPBM), Amanah, PAS dan PKR.

“Dari satu bangsa yang besar, kita terbahagi kepada kumpulan kecil. Ini bahaya untuk bangsa. Harus memikir tentang survival bangsa Melayu,” katanya yang tidak akan bertanding pada PRU14.

Beliau berkata, tumpuannya kini ialah mengetengahkan agenda Empirical yang ditubuhkan pada Oktober lalu untuk memperjuangkan dasar serta ekonomi Melayu dan Bumiputera yang gagal dijayakannya ketika bersama PPBM.

Sumber: FMT

No comments

Loading...