Header Ads

Loading...

Ancam Terjun Dari Pintu Gerbang


KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, memanjat pintu gerbang di setinggi kira-kira 10 meter di Kampung Muara Tebas di sini petang tadi, untuk membunuh diri.

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan dilihat memanjat pintu gerbang kira-kira jam 2.30 petang.

Penduduk kampung berusaha memujuk lelaki berkenaan untuk turun, namun tidak diendahkan.


Loading...

Selepas gagal memujuknya, penduduk menghubungi polis dan bomba selepas apabila lelaki terbabit beberapa kali mengancam untuk terjun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota kita memujuk lelaki berkenaan supaya tidak terjun tetapi lelaki terbabit terus berdiri di tengah-tengah pintu gerbang tanpa menghiraukan pujukan bomba dan ahli keluarganya.

"Selepas kira-kira dua jam dipujuk, lelaki terbabit akhirnya akur dan membatalkan niat untuk terjun.

"Dia kemudian ditahan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
- BH Online

No comments

Loading...