Header Ads

Loading...

Akhirnya Felda Dapat Semula Tanah Jalan Semarak


KUALA LUMPUR - Synergy Promenade Sdn Bhd telah menyerahkan semula 16 geran tanah Felda yang telah dipindah milik untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini.

Dokumen berkenaan diserahkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Majlis ringkas berkenaan juga disaksikan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad di Ibu Pejabat Felda.

Persetujuan dan penyerahan berkenaan dibuat Ahli Lembaga Pengarah Synergy Promenade, Datuk Marina Hashim.


Loading...

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan hasil rundingan selepas persetujuan dibuat kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, Synergy Promenade enggan memberikan sebarang komen lanjut.


Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa mendatangkan sebarang pembayaran kepada Felda.

Dalam pembangunan berkenaan, Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak itu apabila bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Cor-poration Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Tanah itu dimajukan dengan projek KLVC membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Laporan berita melaporkan carian dalam portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati Menara KLVC Tower1A sudah diluluskan untuk dimajukan dengan bangunan pejabat 68 tingkat meliputi 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat termasuk parkir, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat parkir bawah tanah, taman atas bumbung dan helipad.

Sementara itu, petang jam 4 petang ini, Shahril akan mengadakan satu sidang media dipercayai berkaitan perkara sama di Tingkat 47, Menara Felda, Kuala Lumpur.

- Sinar Harian

No comments

Loading...