Header Ads

Loading...

Air Mata Tun Siti Hasmah Menitis Di Shah Alam


Tun Dr Mahathir Mohamad segera berdiri dan tunduk memberi tanda hormat kepada perwakilan yang berkumpul di Shah Alam hari ini ketika namanya disebut sebagai pertaruhan terbaik dapat diberikan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menjadi sebak dan menitiskan air mata apabila Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pendirian rasmi mereka hari ini.


Loading...

Sebelum ini memang nama Dr Mahathir disebut-sebut akan dicalonkan pakatan terbabit untuk menjadi perdana menteri jika berjaya menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun khabar itu kekal menjadi cakap-cakap biasa kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong HARAPAN apabila nama bekas perdana menteri itu dipilih.

Hari ini secara rasmi Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail menjadi timbalannya.

Dr Wan Azizah dilihat sempat menenangkan Dr Siti Hasmah ketika tokoh yang disegani ramai itu menahan perasaan apabila nama suaminya diumumkan Saifuddin.



Menurut Saifuddin untuk mengukuhkan kepimpinan kerajaan HARAPAN dan kerjasama antara parti, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera selepas mereka mengambil alih kerajaan.

Langkah itu katanya dibuat supaya Anwar dapat segera berperanan dalam kerajaan persekutuan dan kemudian diangkat sebagai calon perdana menteri kelapan negara.



- Malaysiakini

No comments

Loading...