Header Ads

Loading...

Turki Pecat 2,700 Lagi Kakitangan Awam Selepas Insiden Cubaan Rampasan Kuasa Gagal


Seramai 2,756 kakitangan awam dipecat di Turki termasuk anggota tentera, guru dan kakitangan kementerian kerana didakwa terlibat dalam organisasi "pengganas".

Mereka dikesan menjadi anggota atau dikaitkan dengan struktur kumpulan "pengganas" yang mengancam keselamatan negara, menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi Turki.


Loading...

Sekitar 50,000 orang ditangkap sejak Julai tahun lalu manakala kira-kira 150,000 dipecat atau digantung daripada jawatan mereka termasuk askar, polis, guru dan penjawat awam.

Mereka dikaitkan dengan tokoh akademik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen.


Kerajaan menuduh Gulen (gambar) mengatur rampasan kuasa.
Gulen, yang hidup dalam buangan di Pennsylvania sejak tahun 1999, menafikan tuduhan tersebut dan turut mengutuk rampasan kuasa itu.

Kumpulan hak asasi dan beberapa sekutu di Barat bimbang Presiden Recep Tayyip Erdogan menggunakan cubaan rampasan kuasa itu sebagai alasan untuk menangkis perbezaan pendapat.

Kerajaan berpendapat tindakan keras perlu diambil susulan percubaan rampasan kuasa itu yang menyaksikan 240 orang terbunuh. -Reuters

No comments

Loading...
loading...