Header Ads

Isa Samad Dah Pindah


USAHA mendapatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad di kediamannya di Senawang, Seremban, gagal apabila beliau dikatakan tidak lagi menghuni kediaman itu.

Kehadiran wartawan di kediaman itu adalah bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.


Loading...

Tinjauan di rumah yang pernah didiami beliau dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mendapati tiada penghuni.

Seorang jiran yang enggan dikenali mengesahkan Isa sekeluarga sudah berpindah dan tidak tinggal di situ sejak dua tahun lalu.

Terdahulu, polis mewujudkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan berhubung kes pemindahan transaksi yang diragui terhadap hak milik tanah Felda Investment Corporations Sdn Bhd (FIC).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan bukti dan keterangan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil selepas satu laporan polis dibuat oleh pengurusan Felda.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan memanggil Isa untuk membantu siasatan.

No comments

Loading...