Header Ads

Loading...

Himpunan Putih Solidariti Baitulmaqdis Di Masjid Putra


PUTRAJAYA – Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis bermula di Masjid Putra di sini, hari ini bagi menunjuk kesepakatan rakyat Malaysia dalam menentang usaha Amerika Syarikat menjadikan kota suci itu sebagai ibu negara Israel.

Himpunan itu akan disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dijangka mengumumkan resolusi Malaysia berhubung isu Baitulmaqdis pada himpunan itu, yang turut dihadiri wakil dan anggota 250 pertubuhan bukan kerajaan tanpa mengira latar belakang, agama dan fahaman politik.


Loading...

Seawal 10 pagi lagi, orang ramai mula berjalan menju Masjid Putra dari tempat parkir yang ditetapkan.

Mereka dilihat berpakaian serba putih mengikut tema himpunan tersebut. Turut kelihatan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Himpunan hari ini dimulakan pada 12 tengah hari tadi dengan forum khas Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang disertai enam anggota panel dengan Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid bertindak sebagai moderator.

Ini disusuli khutbah khas yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan solat Jumaat.

Pada 6 Disember lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis mencatat undian 128 menyokong usul menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. – BERNAMA

No comments

Loading...