Header Ads

[FOTO] ''Kerbau Tiba-Tiba 'Tumpang' Kereta'' - Lelaki Lalui Detik Cemas Apabila Porsche Dipandunya Rempuh Haiwan Melintas Jalan


Seorang pemandu kereta mewah berjenama Porsche melalui detik cemas apabila kereta yang dipandunya secara tiba-tiba merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Jalan Changkat Jon, Teluk Intan malam tadi hingga menyebabkan haiwan tersebut melambung masuk ke dalam keretanya.

Pemandu, Teoh Sook Hua, 30, bagaimanapun bernasib baik apabila tidak menghadapi sebarang kecederaan parah manakala penumpang lain menghadapi sedikit kecederaan ringan. Kerbau yang dipercayai haiwan belaan penduduk setempat dilaporkan mati ditempat kejadian.


Loading...

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Superintendan Yahaya Hassan, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta mewah Porsche Cayenne RR5755 yang dipandu mangsa menghala ke Langkap merempuh seekor kerbau yang didakwa melintas jalan secara tiba-tiba.

“Akibat rempuhan tersebut, kerbau itu melambung ke atas dan terjatuh di atas bumbung boleh buka (sunroof) sebelum bumbung kaca kenderaan tersebut pecah.

“Kerbau tersebut mati di tempat kejadian manakala pemandu dan dua penumpang hanya mengalami cedera ringan,” katanya.



Ujarnya lagi, hampir keseluruhan bahagian anggota haiwan malang tersebut terperosok masuk ke bahagian depan tempat pemandu.

“Polis menasihatkan supaya penternak haiwan peliharaan agar menjaga haiwan ternakan masing-masing dan tidak sepatutnya dibiarkan bebas bergerak.

“Ia merupakan tanggungjawab sosial penternak haiwan tersebut,” katanya lagi.







Sumber: Kosmo!, Siakap Keli

No comments

Loading...