Header Ads

Loading...

3 Beradik Maut Kemalangan: Ibu Bapa Mandikan Sendiri Jenazah Anak-Anak


24 Dis - Jenazah tiga adik beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ahli keluarga menunaikan umrah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baru sahaja pulang dair mekah.

Bapa, Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 56, dan isteri, Rosnani Ibrahim, 53, tiha di Unit Forensik Hospital Kemaman jam 3.45 hari ini.


Loading...

Suasana pilu menyelubungi unit forensik yang dipenuhi lebih 200 ahli keluarga sejurus pasangan itu keluar dari kenderaan, lapor Astro Awani.

Lebih memilukan, Wan Kamaruzzaman dan Rosnani terpaksa dipapah anak sulungnya, Wan Muhd Al Rifae, 31, dan keluarga untuk melihat jenazah mangsa.

Jenazah ketiga-tiga mangsa disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai selepas maghrib dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai.
– Astro Awani

No comments

Loading...
loading...