Header Ads

Loading...

[VIDEO] Ceroboh Syarikat Pajak Kenderaan, Yusuf Azmi Akan Didakwa Hari Ini

Yusuf Azmi Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - Foto: BH Online

Kuala Lumpur, 24 Okt – Yusuf Azmi dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada Selasa kerana menceroboh syarikat pajakan kenderaan pada Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada pukul 8 pagi Selasa.

“Sehingga kini tiada tangkapan, tapi esok dia akan ke balai Kajang dan kemudian dibawa ke mahkamah untuk tuduhan,” katanya lapor mStar.


Loading...

Beliau yang juga Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM ketika dihubungi mengakui maklum berhubung perkembangan itu.

“Polis arahkan saya hadir ke IPD Kajang esok pagi, sebelum dibawa ke mahkamah untuk dituduh,” katanya.

Yusuf akan dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini sudah merakam kenyataan Yusuf berhubung insiden berkenaan.
Pada 10 Julai lalu Yusuf mengetuai sekumpulan individu menyerbu pusat penyimpanan kenderaan milik Syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) di Jalan Sungai Sikamat, Kajang.


No comments

Loading...