Header Ads

Loading...

[VIDEO] 'Baru Acah Pun Dah Menggelupur' - Yusuf Azmi


Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi menggesa rakyat bangkit membela dan memperjuangkan hak pengguna yang ditindas di Malaysia.

Yusuf berkata terlintas di fikiran untuk menubuhkan sebuah parti yang memperjuangkan hak pengguna walaupun tidak berhasrat terlibat dalam politik.

"Di Malaysia, pengguna harus dibela. Rakyat harus dibela. Hari ini saya nak pengguna dan rakyat bangkit ramai-ramai dan kita tidak boleh biarkan kita terus ditindas.


Loading...
"Saya hari ini macam nak umumkan tau...Ana rasa parti yang ada kat Malaysia ini, kita pun kena ada parti. Parti Persatuan Pengguna Islam Malaysia ataupun Parti Semboyan 1Malaysia. Pemimpin-pemimpin kita kali ini kena ubahlah.

"Tapi nanti dulu. Belum lagi, kita fokus apa yang berlaku. Saya tak nak terlibat dalam politik. Malam tadi solat hajat tiba-tiba rasa nak bertandinglah. Dah rasa macam geram, tapi saya tak nak lah bertanding. Acah-acah. Baru acah pun dah menggelupur," katanya.

Beliau berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah Kajang hari ini.

Terdahulu, Yusuf dan Ali mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Kedua-dua didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam pada hari yang sama.

Untuk perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.


-- Kinitv

No comments

Loading...
loading...