Header Ads

Loading...

Tun Mahathir Jangan Tuduh Melulu Bukan Shafie Sahaja, Pemimpin Umno Juga Ditahan SPRM


KUALA LUMPUR 23 Okt: Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad jangan melulu menuduh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal kerana ahli Umno juga ditahan dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana kerajaan.

Ismail berkata tindakan SPRM itu berdasarkan hasil penemuan para penyiasat, seperti mana dalam kes rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor, yang menyaksikan seorang ahli exco kerajaan negeri [Latif Bandi], anaknya dan pegawai khas exco ditahan.


Loading...

“Dulu SPRM tahan exco kerajaan Johor dia tidak kata itu agenda sesiapa, tapi bila kena pada pembangkang dia kata ada agenda pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Dalam kes Shafie beberapa pemimpin Umno juga ditahan: ketua penerangan pemuda, ketua bahagian dan pemuda bahagian. Kita kena hormat tindakan SPRM dalam melakukan siasatan.”

Terdahulu, Dr Mahathir dalam blognya mendakwa tangkapan ke atas Shafie bertujuan untuk melemahkan parti pembangkang di Sabah.

No comments

Loading...
loading...