Header Ads

Tun M: Sokongan Rakyat Penting Untuk Ambil Alih Putrajaya

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto: The Sun Daily

SHAH ALAM - Rakyat mesti tunjuk sokongan terhadap usaha Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Kerajaan BN dalam PRU14.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika rakyat kurang menunjukkan sokongan maka segala yang dilakukan pemimpin pembangkang adalah sia-sia.

Loading...


"Pertama sekali, Harapan mestilah memenangi PRU, untuk ini, rakyat mestilah percaya pemerintah sekarang tidak layak pada negara dan tunjukkan betapa rakyat menyokong usaha untuk jatuhkan kerajaan.

"Kalau kurang semangat, maka mungkin matlamat ini tidak dapat dicapai," katanya dalam sesi FB Live Bicara Wawasan 2020, hari ini.

Sabtu lalu, Mahathir berucap semasa Himpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, mengajak rakyat memberikan sokongan pada Harapan demi memenangi PRU akan datang.

Katanya, sekiranya rakyat tidak memberikan sokongan, ia akan memberikan kelebihan kepada BN untuk terus berkuasa pada penggal akan datang.

Sementara itu, beliau mendakwa rakyat Malaysia kurang gemar menunjukkan perasaan mereka secara terbuka.

"Saya dapati orang Malaysia tak suka tunjuk perasaan secara terbuka, kita di sini bukan menyuruh rakyat bertindak ganas hanya minta mereka hadir berikan sokongan sahaja.

"Kalau di negara luar, rakyat mereka sanggup laku apa sahaja untuk jatuhkan pemimpin yang dirasakan tidak layak memimpin seperti yang terjadi di Korea Selatan dan Brazil," katanya lagi.

Tambahnya, beliau kesal dengan sikap endah tak endah rakyat mengenai perkara ini.

"Apa yang terjadi di negara kita sekarang adalah 'luar biasa' tapi rakyat kadang-kadang tak tahu atau tidak ambil tahu pun perkara ini," ujarnya.

-- Sinar Online

No comments

Loading...