Header Ads

'Tun M Salah, Saya Hanya Mahu Balik Kampung' - Peter Bellew


DAMANSARA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines, Peter Bellew menjelaskan pengundurannya daripada syarikat penerbangan itu adalah atas kehendaknya sendiri.

Kenyataannya itu sekali gus menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau meletakkan jawatan susulan campur tangan kerajaan dalam urusan syarikat.

Loading...

"Apa yang dikatakan Dr Mahathir salah. Itu tak betul. (Sebaliknya) Saya hanya mahu balik kampung. Saya mahu pulang Ireland untuk bersama dengan orang yang saya sayang," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mahathir mendakwa punca sebenar perletakan jawatan Bellew adalah campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antaranya dalam isu pembelian sejumlah pesawat Boeing mencecah nilai AS$10 bilion.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Bellew menekankan perkataan bahasa Melayu 'balik kampung' beberapa kali, menunjukkan ketegasan terhadap kenyataannya.

Katanya, bukan hanya kerajaan, malah beliau boleh mengesahkan bahawa tiada campur tangan daripada mana-mana pihak ketika mengemudi Malaysia Airlines.

-- Sinar Online

No comments

Loading...