Header Ads

Loading...

Tony Fernandes Kahwin Teman Wanita Korea


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkahwin dengan teman wanita dari Koreanya, Chloe.

Majlis perkahwinan berlangsung di Cote d’Azur, yang turut dikenali sebagai Riviera Perancis, dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat, lapor New Straits Times.

Loading...

Gambar-gambar perkahwinan mereka menular di media sosial.

Dipercayai kedua-dua mereka telah berkenalan sejak 2 tahun lalu.

Chloe, yang berumur 20-an, mempunyai profil yang rendah dan nama terakhirnya hanya diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan yang paling rapat.

Antara tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka termasuklah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa, Tan Sri Rafizah Aziz.

-- FMT

No comments

Loading...
loading...