Header Ads

Suspek Bunuh Anak Anggota Polis Berjaya Diberkas


TEMERLOH 22 Okt. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh anak seorang anggota polis di Taman Temerloh Makmur di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, suspek yang berusia 27 tahun ditahan dalam serbuan di rumah mangsa, Robiatul Ain Mohamod, 27, sejurus polis menerima laporan.


Loading...
‘Suspek yang merupakan sepupu Robiatul Ain dan tinggal di rumah mangsa ditahan oleh anggota yang melakukan pemeriksaan di rumah mangsa.

“Polis juga menemukan sebilah gunting dan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian pembunuhan yang menyaksikan mangsa ditikam empat kali dibahagian muka dan sekali di bahagian dada,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam tadi itu, Robiatul Ain meninggal dunia selepas ditemukan terbaring dengan kesan tikaman di rumahnya. - UTUSAN ONLINE


No comments

Loading...