Header Ads

Loading...

SPRM Tahan Seorang Lagi Adik Shafie Apdal


Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Beliau yang juga ketua Umno Silam ditahan agensi antirasuah itu di pejabat mereka kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Utusan Online.

Loading...



Penahanan Mohammad Yusof itu menjadi lebih menarik perhatian ramai kerana beliau ialah adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal.
Sebelum ini Shafie ialah naib presiden Umno yang kemudian meninggalkan parti itu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Pernah digelar sebagai "kereta kebal Umno" oleh Najib sendiri Shafie kemudian menubuhkan WARISAN dan bergerak sebagai pembangkang di Sabah.
Pada 10 Okt lalu seorang lagi adik beliau Hamid Apdal turut ditahan SPRM, diikuti menantunya pada lima hari kemudian.
Penahanan itu dikatakan berkait dengan siasatan SPRM terhadap salah guna dana pembangunan untuk Sabah yang bernilai sekurang-kurangnya RM1.5 bilion.
Setakat ini SPRM sudah menyoal siasat lebih 45 orang berhubung isu berkenaan.
Shafie digugurkan daripada kabinet pada 2015 kerana mempertikaikan cara Najib menguruskan skandal 1MDB dan meninggalkan Umno pada 2016.
Utusan Online melaporkan penahanan Mohammad Yusof dibuat bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2008 hingga 2015.
Shafie pula berkhidmat sebagai Menteri KKLW antara April 2009 hingga 29 Julai 2015.



No comments

Loading...
loading...