Header Ads

Loading...

Siti Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri


PENYANYI kesayangan ramai, Siti Nurhaliza dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

"Pertama kali saya menjunjung kasih DYMM Tunku Pahang atas pengurniaan ini dan sebagai rakyat negeri ini, ia merupakan penghormatan kepada diri sendiri.


Loading...
"Ini bukan sahaja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi juga mewakili insan seni lain kerana saya percaya setiap mereka mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sangat bersyukur dengan gelaran yang diterima dan menganggap ia adalah tuah anak.

"Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini ketika 21 tahun berada dalam dunia seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri dalam karier saya.

"Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam cara yang berbeza," katanya

-- Sinar Online

No comments

Loading...
loading...