Header Ads

Loading...

Serangan Peribadi Taktik Jijik, Kotor - Dzulkifli


KUALA LUMPUR – Ke­tua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan serangan peribadi yang dibuat oleh beberapa pihak terhadapnya menerusi media sosial sebagai tindakan jijik dan kotor.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, ia merupakan satu lagi usaha oleh pihak tertentu untuk mencemarkan imejnya dan melemahkan semangat kakitangan SPRM dalam melaksanakan tugas me­merangi rasuah, lapor Sinar Online.


Loading...

“Saya percaya usaha-usaha menerusi tohmahan serta fitnah yang dibuat ini berikutan tindakan agresif pihak SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

“Serangan ini merupakan satu taktik jijik dan kotor serta cuba melemahkan usaha dilakukan oleh SPRM sejak ke­belakangan ini,” katanya dipetik daripada  laporan berita TV3, malam tadi.

Dzulkifli berkata, pi­haknya tidak akan tunduk dengan ugutan fitnah yang dilemparkan dan bertekad untuk membersihkan negara dari sebarang salah laku serta penyelewengan di negara ini.

“Saya dan rakan-rakan dalam SPRM tidak sesekali gentar de­ngan ugutan seperti ini bahkan tindakan agresif akan terus dilakukan bagi memerangi rasuah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagi membolehkan sebarang tindakan dilakukan terhadap mereka yang melakukan fitnah tersebut di media sosial.

Terdahulu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit de­ngan isteri orang.

No comments

Loading...