Header Ads

Loading...

Seleweng Dana 1.5 Bilion: 2 Bekas SU Shafie Apdal Bebas Reman

Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibebaskan dengan jaminan. - Foto: FMT

PUTRAJAYA – Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang direman berhubung kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan tunai sebanyak RM15,000 setiap seorang oleh seorang penjamin.


Loading...
Terdahulu, kedua-dua lelaki tersebut tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan tangan bergari dan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Kedua-dua individu tersebut berkhidmat ketika Mohd Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mereka sebelum ini direman bermula 20 Okt lepas berhubung kes penyelewengan dana awam tersebut yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Setakat ini, 13 individu ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna.

– BERNAMA

No comments

Loading...
loading...