Header Ads

Loading...

Saya Tak Hina Semua Orang Bugis - Tun Mahathir


ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis semasa perhimpunan Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Sebaliknya, bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang itu berkata terdapat juga keturunan Bugis yang baik.

“Saya tak hina orang Bugis. Orang Bugis ada yang baik. Tapi penyangak pun ada juga,” katanya.


Loading...

“Salah ke? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak. Ada,” katanya semasa berucap di program “Rapat Umum Selamatkan Malaysia” di Dataran Harapan Baru di sini, malam tadi.

Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan “anti-kleptokrasi” pada 14 Oktober mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyebut sebagai keturunan “lanun Bugis”.

Kenyataan itu mengundang protes Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir berkata mereka yang menganjurkan protes itu adalah “bodoh”.
“Bodohnya, orang hari itu hari Deepavali, pejabat saya tutup. Tapi dia dah rancang (untuk berhimpun).

“Mereka sudah sewa bas, jadi pergi jugalah dan pejabat kosong. Inilah orang yang kononnya mendakwa saya menghina orang Bugis,” katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan penahanan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

“Shafie Apdal diselidik, dicari macam-macam, kononnya benda itu berlaku semasa dia jadi menteri.

“Kenapa masa itu (semasa Shafie dalam Kabinet) tak diselidik, tapi sekarang baru nak selidik? Kerana dia menjadi pemimpin Warisan yang menentang Najib,” katanya.

-- FMT

No comments

Loading...
loading...