Header Ads

Loading...

Reman Shafie Apdal Disambung Empat Hari


KOTA KINABALU 23 Okt. - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambung empat hari bermula esok.

Keputusan tersebut dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus di dalam kamar hakim pada pukul 3 petang ini.


Loading...
Dalam prosiding itu, Mohd. Shafie diwakili peguam Martin Tommy manakala pasukan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abdul Hadi, Rustam Anip dan Mohd. Faliq Basiruddin.

Mohd. Shafie ditangkap SPRM Khamis lalu bagi membantu siasatan terhadap penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM1.5 bilion antara tahun 2009 hingga 2015. - UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...
loading...