Header Ads

Ramai Pilih Hospital Kerajaan Daripada Swasta Kerana GST, Kos Sara Hidup - Presiden Persatuan Perubatan Malaysia


Kuala Lumpur, 23 Okt – Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup menyaksikan lebih ramai mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan klinik kesihatan daripada hospiital swasta.

Menurut Dr Ravindran Naidu, keadaan ekonomi yang perlahan sejak 2 tahun kebelakangan ini dan GST mendorong ramai pesakit untuk beralih daripada penjagaan kesihatan swasta kepada kerajaan.


Loading...
“Kementerian (kesihatan) juga ada menyebut tentang ini, sambil menyediakan data yang menunjukkan peningkatan 30% dalam jumlah rakyat yang mengunjungi hospital kerajaan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, peningkatan jumlah pesakit di hospital kerajaan dan ditambah pula dengan pengurangan peruntukan bajet untuk Kementerian Kesihatan menyebablan berlakunya kekurangan bekalan ubat.


“Jika jumlah pesakit meningkat 30%, bekalan ubatan juga patut ditingkatkan kepada 30%. Bagaimanapun, akibat potongan bajet, hospital terpaksa lebh berhati-hati mengagihkan ubat.

“Hospital bukannya tiada ubat, tetapi mereka hanya lebih berhati-hati dan bermunasabah dalam mengagihkannya,” katanya.

Namun, beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meningkatkan belanjawan untuk rawatan kesihatan dan memansuhkan GST untuk rawatan kesihatan.

“Kerajaan patut berpegang pada pendirian awal mereka untuk tidak mengenakan GST untuk rawatan kesihatan. Ini akan menjadikan rakyat lebih mampu mendapatkan rawatan kesihatan.”

No comments

Loading...