Header Ads

Loading...

PM Lancar Misi Ketiga Bantuan Rohingya


SEPANG 22 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan misi ketiga bantuan kemanusiaan 1Malaysia For Youth (iM4U) untuk pelarian Rohingya dengan barangan keperluan seberat 56.6 tan dihantar ke kem pelarian di Bangladesh.

Majlis penghantaran menerusi pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) Kargo A330-300 berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri di Kompleks MAB Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.


Loading...
Misi berkenaan dikoordinasikan oleh iM4U dengan kerjasama MAB dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Muatan barangan yang dihantar terdiri daripada barangan keperluan seperti seperti makanan, tuala wanita, sabun, tuala, berus gigi, lampin pakai buang, selimut dan beberapa barangan keperluan lain. - UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...
loading...