Header Ads

Loading...

Penahanan Shafie Bukan Bermotif Politik Kata Menteri

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penahanan beberapa pemimpin kanan Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal bertujuan melumpuhkan parti berkenaan.

Ahli Parlimen Bera itu juga menyangkal, penahanan tersebut bermotif politik dan dilakukan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa Mahathir, lapor Sinar Online.

Tegasnya, penangkapan dan penahanan beberapa individu berkenaan tiada kena-mengena dengan motif politik, sebaliknya dijalankan SPRM untuk menyiasat kes berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana RM1.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah.


Loading...
“Tiada kena mengena. SPRM adalah sebuah badan bebas dan SPRM boleh siasat siapa sahaja,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ketika SPRM menahan dan menuduh Exco kerajaan negeri Johor sebelum ini, tiada siapa kata agensi tersebut tidak adil dan mempunyai agenda, namun  apabila siasatan dijalankan kepada pemimpin pembangkang isu berkenaan timbul.

“Kita perlu berlaku adil kepada SPRM kerana mereka badan bebas. Mereka lakukan siasatan berdasarkan fakta. Jadi kita kena berlaku adil dan beri kepercayaan kepada SPRM. SPRM tidak ada agenda politik, percayalah,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementeriannya juga sedia untuk memberi kerjasama kepada pihak SPRM sekiranya suruhanjaya itu memerlukan dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat.

“Kita bersifat terbuka dan beri sokongan sepenuhnya. SPRM ada hak untuk datang ke kementerian untuk ambil fail atau komputer atau mana-mana pegawai kementerian yang pernah bertugas atau tahu kes ini,” katanya.

No comments

Loading...