Header Ads

Pemuda 23 Tahun Ini Kongsi Tips Gaji RM1,200 Sehari Guna Sijil Diploma. Ya, RM1,200 Sehari!

Rezeki pastinya muncul bagi mereka yang mencarinya. Dan rezeki itu juga rahsia yang apabila diketahui memberi impak besar kepada penerimanya. Begitulah juga bagi Muhammad Kasyfi Baizurin Salleh yang meraih pendapatan sehingga RM1,200 sehari. Ya, sehari.
Dan lebih mengejutkan, beliau hanya berusia 23 tahun dan hanya berkelulusan diploma jurusan Kejuruteraan Teknologi Maritim.
Umum mengetahui, pekerjaan dalam bidang cari gali minyak antara pekerjaan gaji termahal di Malaysia ekoran risiko tinggi bekerka di pelantar minyak yang terletak di tengah-tengah lautan, jauh dari daratan.

Loading...

Berdepan dengan ribut, angin kencang, serta ombak bergelora, pekerjaan berkenaan menawarkan gaji mencecah lima angka sebulan bagi mereka yang layak, dan paling penting, sanggup!.
Tetapi Kasyfi berbeza, walaupun bidangnya hampir sama, beliau tidak 'bergelumang' dengan minyak, dan tugasnya lebih banyak dihabiskan dihadapan monitor sambil 'bermain joystick'
Tugas sebenar anak kelahiran Selangor ini adalah mengenadali Remotely Operated Vehichle (ROV) atau dalam Bahasa Malaysia - Kenderaan Kawalan Jauh.
Kenderaan ini digunakan bagi memeriksa kawasan sekitar pelantar serta telaga minyak dan boleh menyelam sehingga kedalaman 1,000 kaki ke dasar laut.
Kasyfi berkata, tiga tugas utama pengendali ROV adalah membuat pemeriksaan di dasar laut, saluran minyak (pipeline) dan telaga di dasar laut (wellhead).
ROV juga berfungsi membuat kajian tentang dasar laut dan kerja-kerja pembersihan seperti besi yang patah atau terjatuh dari platform.
Tetapi apa yang membuatkan gaji Kasyfi tinggi sedangkan beliau hanya duduk depan monitor dan kawal ROV dari jarak jauh sahaja? Sesiapa pun boleh buat.
Jawapannya terletak pada ROV itu sendiri. Dikuasakan dengan 3,000 Voltan dan berat lebih 3 tan, pengendali ROV juga perlu mengawal kenderaan tersebut didasar laut berarus deras.
Tambahnya lagi, pengendali juga harus menetap diatas pelantar untuk satu jangka masa yang lama.
Kata Kasyfi, sungguhpun waktu kerja dalam lingkungan 12 jam sehari, namun tempoh untuk sesebuah projek kadang-kala boleh mencapai sehingga 60 hari, atau mungkin lebih.
Tegasnya, bagi mereka yang mudah mabuk laut, sangatlah tidak disarankan untuk menceburi bidang ini kerana pelantar selalu 'terbuai' mengikut arus laut.
Berita baiknya tidak perlu cakaplah, bagi orang baru seperti Kasyfi, gajinya dalam lingkungan RM1,200 sehari, tetapi untuk orang lama dan berpengalaman, pendapatan sehari boleh mencecah RM100,000.
So, siapa nak 'try'? 


- mD

No comments

Loading...