Header Ads

Loading...

Pemilik Zurin Jundi Mengaku Tidak Salah Tipu Pelanggan


KLANG: Pemilik syarikat perancang perkahwinan, Zurin Jundi didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua tuduhan menipu pelanggannya.

Tertuduh, Zurina Ahmad Jundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah untuk kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Mengikut pertuduhan pertama, Zurina didakwa memperdaya ibu seorang bakal pengantin, Zainon Ali, bagi menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan hingga mendorong Zainon menyerahkan wang berjumlah RM5,000 melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai wang pendahuluan pakej berkenaan.


Loading...

Menurut laporan BH Online, perbuatan itu dilakukan pada 16 Mac lalu di CIMB Bank, Pelabuhan Klang.

Bagi pertuduhan kedua, Zurina didakwa sekali lagi memperdaya Zainon, 54, apabila mangsa menyerahkan RM2,000 secara tunai sebagai bayaran pendahuluan untuk pakej yang ditawarkan dan perbuatan berkenaan dilakukan pada 17 Jun lalu di butiknya di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua tuduhan itu.

Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Abd Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Zurina memohon Majistret mengurangkan jumlah jaminan berikutan dia dalam proses menjual barang bagi memulangkan semula wang pelanggannya.

Rozianti menetapkan jaminan RM8,000 bagi kedua-dua tuduhan itu dan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula.

Ogos lalu, video tempoh dua minit 14 saat berkenaan premis Zurin Jundi di Shah Alam, diserbu kira-kira 100 individu yang menjadi mangsa penipuan pakej perkahwinan menjadi viral di media sosial.

Kejadian berlaku disebabkan mangsa mahu menuntut penjelasan daripada pemilik syarikat terbabit yang tidak menepati pakej sehingga mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

No comments

Loading...
loading...