Header Ads

Pelajar IPT Maut Terjatuh Dari Tingkat 5 Bangunan Kediaman


PADANG BESAR – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di sini maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan kediaman pelajar di Sungai Chuchuh di sini, awal pagi ini.

Mayat pelajar lelaki berumur 22 tahun itu ditemukan oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan kediaman pelajar berkenaan pada kira-kira 1.30 pagi tadi.


Loading...
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Ghazani Abd Ghani mengesahkan kejadian itu dan menurutnya polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Katanya mayat pelajar itu yang difahamkan berasal dari Kuala Kangsar, Perak dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, untuk bedah siasat. – BERNAMA

No comments

Loading...