Header Ads

Pakatan Harapan Tak Ada Duit Kata Tun Mahathir


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pas seolah hilang arah tujuan, dan masih belum konsisten memuktamadkan bentuk kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan mahupun BN.

“Saya tengok Pas, tak tau dia nak pi mana. Kadang nampak ke utara, sebaliknya menuju ke selatan, kadang ke timur, kadang ke barat. Susahlah kita macam ni,” katanya pada sidang media, selepas perasmian Konvensyen Nasional Amanah, semalam, lapor Sinar Online.


Loading...

Menurutnya, keengganan Pas untuk jalin kerjasama dengan DAP dan Amanah menyukarkan hasrat untuk melihat semua parti pembangkang bergabung pada PRU14.

“Kalau Pas mahu bersama Pakatan Harapan, dia jelaskan tak mahu bekerjasama dengan dua parti, ini mustahil kerana gabungan pakatan terdiri daripada Amanah, DAP, PKR dan Bersatu,” katanya.

Mahathir berkata, kemungkinan Pas akan memilih untuk bekerjasama dengan Umno di saat akhir, kerana parti pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu memiliki prinsip yang menarik, iaitu ‘cash is king’.

“Pakatan Harapan tak ada duit, kalau Pas nak duit, carilah parti lain,” katanya.

Mahathir turut mendakwa perjuangan Pas sudah usang dan tiada kemajuan.

“Perjuangan Pas sudah usang, sama saja. Saya ada tanya sama ada orang luar Pas adalah kafir, tapi Datuk Seri Abdul Hadi (Presiden Pas) belum jawab. Kita nak tahu sebab isu kafir perkara serius, bermakna minda dia belum tertumpu pada beberapa perkara yang jelas,” katanya.

No comments

Loading...