Header Ads

Loading...

Pakatan Harapan Akan Hapus GST, Teruskan BR1M - Guan Eng


ALOR SETAR - Pulau Pinang adalah contoh terbaik negeri dibawah Pakatan Harapan yang mampu berkembang maju dan membantu penduduk negeri itu, walaupun tanpa GST.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan yakin mampu memberi pelbagai insentif termasuklah BRIM kepada rakyat walaupun tanpa GST jikalau menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Apabila menjadi kerajaan, pakatan akan menghapuskan GST yang membebankan rakyat. Walau begitu, pakatan tetap akan meneruskan pembayaran BRIM.

Loading...

"Orang tanya, tanpa GST macam mana caranya. Adalah caranya, tengok Pulau Pinang boleh buat.Tanpa GST, Pulau Pinang tetap mampu memberi pelbagai bantuan kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam Ceramah Rapat Umum Selamatkan Malaysia di Dataran Stargate, malam semalam.

Katanya, kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang memberi pelbagai bantuan, antaranya wang khairat kematian RM1,000, manakala RM600 kepada golongan seperti pemandu teksi dan nelayan.

Malah, Guang Eng berkata, pihaknya mampu memberi peruntukan tinggi untuk hal ehwal islam dan membiayai sekolah agama tanpa GST.

"Kami akui Pulau Pinang bukan sempurna. Malah, ada kesilapan sebagai contohnya banjir teruk melanda beberapa kawasan di negeri itu.Bagaimanapun, kita betulkan keadaan," katanya.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri memberi RM400 untuk setiap keluarga mangsa banjir terlibat tanpa perlu membuat laporan polis.

"Saya tahu Kedah juga bagi wang untuk mangsa banjir, tetapi hanya RM100. Itupun kena buat laporan polis. Kita tak payah, sebab saya tau sendiri mana kawasan terjejas," katanya.

Kata beliau, tanpa GST, kerajaan negeri Pulau Pinang membuktikan tetap berjaya menyakinkan pelabur untuk membuat pelaburan di negeri itu.

"Untuk tempoh enam bulan 2017, Pulau Pinang telah menerima pelaburan sebanyak 7.7 billion. Malah, Qatar Airway akan membuat penerbangan terus ke negeri itu tiga kali seminggu kerana ramai suka Pulau Pinang," katanya.

-- Sinar Online

No comments

Loading...