Najib Yakin Kapten Izham Mampu Pulihkan MAB
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin
Kapten Izham Ismail yang dinamakan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan meneruskan usaha
memulihkan syarikat penerbangan itu.
Beliau berkata, MAB ialah sebuah organisasi yang lebih daripada
sekadar syarikat penerbangan kerana ia membawa nama, imej dan jenama negara di
angkasa dan seluruh pelusuk dunia.
Loading...
"Selamat maju jaya buat Kapten Izham Ismail, saya yakin
beliau akan teruskan usaha pulihkan MAS agar kembali berdaya saing, kukuh dan
menguntungkan.
"MAB lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, ia
bawa nama, imej & jenama #Negaraku di angkasa raya dan ke seluruh pelusuk
dunia. Kebanggaan kita," kata Najib menerusi catatan di laman rasmi
Twitter beliau, malam ini.
Dalam kenyataan hari ini, MAB berkata Izham, yang pada masa
ini adalah Ketua Pegawai Operasi (COO), akan menyandang jawatan GCEO pada 1
Disember 2017, selepas ketiadaan Peter Bellew, yang kini sedang dalam cuti
pentadbiran.
-- Bernama
Post a Comment