Header Ads

Loading...

Muat Naik Penyata KWSP, Teka Berapa Gaji Bulanan Aliff Syukri?


FORBES baru-baru ini menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu keempat terkaya di dunia dengan nilai aset berjumlah 73.2 bilion USD, dan sudah pasti semua tahu bahawa pengasas Facebook itu hanya menerima gaji sebanyak 1 dolar (RM4.23) sahaja setahun.

Ya, hanya 1 dolar setahun dan perkara itu telah disahkan sendiri oleh pihak Facebook pada 2013. Malah, beliau juga memilih untuk tidak menerima sebarang elaun bulanan mahupun bonus tahunan.

Syarikat hanya memberikan beliau kemudahan menggunakan pesawat syarikat, membayar peralatan keselamatan di rumah dan bayaran gaji pengawal keselamatan ketika beliau membuat perjalanan, lapor media.


Loading...

Tapi, kenapa ahli perniagaan tersohor dunia ini memilih untuk terima 1 dolar setahun sahaja? Memetik Business Insider, Zuckerberg pernah membuat penjelasan menerusi laman Facebook mengenai sebab beliau menerima gaji serendah itu.

"Saya sudah miliki wang secukupnya. Saya hanya mahu memberikan tumpuan untuk membuat kebaikan dengan apa yang saya ada.

“Cara utama yang saya boleh bantu adalah melalui Facebook – memberi orang kuasa untuk berkongsi dan menghubungkan dunia. Saya juga memberi tumpuan kepada pendidikan saya dan kerja-kerja amal di luar Facebook,” katanya.

Pada penghujung 2015, Zuckerberg dan isterinya membuktikan sikap dermawan mereka dengan menandatangani The Giving Pledge di mana mereka berikrar untuk mendermakan 99 peratus daripada kekayaan mereka kepada kebajikan.

Kebaikan yang ditunjukkan Zuckerberg – antara contoh yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada semua terutamanya mereka yang bergelar usahawan untuk lebih membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Di Malaysia, tidak kurang apabila ramai juga usahawan terkenal terlibat dalam aktiviti kebajikan, sama ada ia didedahkan secara langsung kepada umum mahupun dilakukan tanpa pengetahuan orang awam.

Malah, dalam kalangan mereka juga ada yang mampu memberikan inspirasi kepada orang awam untuk berjaya – dan salah satu caranya adalah dengan berkongsi kejayaan dan kemewahan yang dimiliki masing-masing di laman sosial, walaupun ada yang mempertikaikan perkara itu sebagai "show off".

Namun, pernahkan anda terfikir dan bayangkan berapa gaji bulanan mereka, yang mana sebelum ini tiada laporan mengenai perkara itu – kerana gaji merupakan hal sulit dan persendirian. Tapi, ramai yang tahu bahawa salah satu cara untuk mengira jumlah gaji bulanan seseorang adalah melalui penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada tahun lalu KWSP memaklumkan pencarum boleh memilih untuk membuat caruman sebanyak 11 peratus atau 8 peratus daripada jumlah gaji asas. Manakala, jumlah caruman majikan masih lagi kekal sebanyak 12 peratus.
Di laman Facebook hari ini, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik penyata KWSP milik beliau, sekaligus membuatkan ramai netizen mula berteka-teki dan menggira gaji bulanan diterima usahawan kosmetik terkenal itu.

Seperti biasa, niat pengasas produk D'Herbs itu berkongsi penyata KWSP beliau bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya, sebaliknya melahirkan rasa syukur dengan faedah yang diterima melalui simpanan tersebut beliau mampu membayar deposit rumah baharu di Pavilion, Kuala Lumpur.

Catatan di entri juga menunjukkan bahawa Aliff mahu memberikan motivasi kepada netizen di luar sana. Maka, ramailah yang nak tahu gaji Aliff, tapi tidak kurang juga yang meninggalkan komen negatif. Tapi tak apa kita fokus kepada perkara positif sahaja, ya.

Jadi, berapa anggaran gaji bulanan diterima Aliff? Berdasarkan kiraan kasar mengikut jumlah caruman pekerja, Aliff menerima sekurang-kurangnya RM21,818.18 dan RM202,000 sebulan (11 peratus). Jumlah itu dikira mengikut jumlah caruman pekerja yang dicarum antara RM2,400 dan RM22,220.00. Wow, banyak bukan?

Isu di sini bukan mahu menayangkan kekayaan atau berapa banyak gaji yang diterima Aliff, sebaliknya bagaimana masyarakat boleh menjadikan perkongsian beliau sebagai pendorong untuk lebih berjimat cermat, menanam sikap suka menabung serta berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang diinginkan.




-- Malaysian Digest

No comments

Loading...