Header Ads

Loading...

Mangsa Maut Ditikam Isteri Selamat Dikebumikan


Seramai hampir 50 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberikan penghormatan terakhir pada upacara pengebumian berkenaan.

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 6.30 petang selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.


Loading...
Jenazah turut disempurnakan dan disembahyangkan di HPSF sebelum terus dibawa ke tanah perkuburan itu..

Sabtu lalu, seorang suami yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga maut ditikam isterinya di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun ekoran tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. - Sinar Online

No comments

Loading...
loading...