Header Ads

Loading...

Malaysia Airlines, PLUS Dan IPP Antara Masalah Ciptaan Mahathir Sendiri


Kerajaan kini menanggung pelbagai beban untuk memperbetulkan masalah ciptaan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sepertimana kerajaan mengambil alih syarikat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi memastikan kenaikan harga tol mendadak oleh pemilik swasta dan kontrak berat sebelah Penjana kuasa bebas (IPP), kerajaan juga kini berusaha untuk memulihkan masalah dihadapi Malaysia Airlines (MAS) dicetuskan oleh Dr Mahathir sendiri.


Loading...
"Sepertimana yang dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Peter Bellew, masalah MAS bermula sejak 1994 lagi dibawah Dr Mahathir apabila beliau menswastakan MAS," ujar Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Memetik laporan The Star, Shahrir menjelaskan bahawa Bellew sudah berkali-kali membidas dakwaan Dr Mahthir terhadap MAS, termasuk dakwaan perletakan jawatannya sebagai CEO MAS berkuatkuasa 1 Disember ini disebabkan campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asas kepada dakwaan Dr Mahathir berikutan kenyataan Najib mengumumkan MAS akan membeli 25 pesawat Boeing 737 MAX 10, dan lapan Boing 787 Dreamliners ketika pertemuannya bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House, September lepas.

Dr Mahathir mendakwa, Najib membuat pembelian berkenaan tanpa persetujuan Bellew dan MAS juga tidak mempunyai dana untuk membeli 33 pesawat berkenaan.

Jelas Shahrir, perkara-perkara disebut Dr Mahathir ini juga disangkal oleh Bellew.

Bellew sebelum ini menjelaskan bahawa pembelian pesawat berkenaan menerusi sistem pajakan dan bukannya secara tunai sebagai kaedah membersihkan akaun syarikat daripada liabiliti pembelian pesawat berkenaan.
Berhubung perletakan jawatannya dari MAS pula, Bellew berkata beliau hanya mahu pulang ke kampung halamannya bersama keluarga dan teman dimana beliau kini dipisahkan dengan perjalanan penerbangan 15 jam.

"Saya cuma nak balik kampung untuk bersama orang yang saya sayang ....its simple," kata Bellew.
Justeru itu, Shahrir menyeru agar syarikat MAS diberi peluang untuk kembali pulih menjadi kebanggaan negara, sepertimana kerajaan memulihkan MAS dan kontrak IPP negara.

No comments

Loading...