Header Ads

Loading...

Mahkamah Majistret Kuantan Pula Tolak Permohonan Reman Boy Iman


Mahkamah Majistret Kuantan telah menolak permohonan reman ke atas pelakon Datuk Noruliman A. Rahman yang lebih dikenali sebagai Boy Iman serta dua lagi tertuduh yang ditahan pihak berkuasa atas kes penipuan jualan rumah bernilai RM 6.2 juta, ujar peguam yang mewakili tertuduh, Faizul Mohd Nasir.

Keputusan itu dibuat selepas Majistret Nordiana Abd Aziz menerima alasan yang diberikan bahawa anak guamnya telah direman di beberapa mahkamah sejak ditahan pada 2 Oktober lalu.


Loading...

"Tempoh itu sudah mencukupi untuk pihak polis melengkapkan siasatan dan tiada keperluan lagi untuk menahan reman anak guam saya selama empat hari seperti yang diminta hari ini kerana siasatan melibatkan kes yang sama, cuma mangsa yang berbeza.

"Jadi tiada keperluan untuk polis terus menahan anak guam saya kerana semua mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan," katanya lagi.

Tambah Faizul, dia juga berharap Boy Iman, 37, yang juga bertindak sebagai Pengarah Urusan DBI Properties dan dua lagi suspek berusia 30 dan 45 tahun yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources benar-benar dibebaskan mahkamah, berdasarkan keputusan terkini mahkamah.

Harapan tersebut diungkap oleh Faizul berdasarkan penahanan semula anak guamnya itu pada hari sama Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang menolak permoonan yang dibuat oleh pihak polis  pada 15 Oktober lalu.


"Anak guam saya sudah terlalu lama dibawa ke sana ke sini. Beliau sendiri amat berharap dapat dibebaskan hari ini kerana sudah lama tidak bertemu keluarga. Saya harap polis dapat mempertimbangkan perkara ini.

“Kejadian terkini di Pulau Pinang menyebabkan anak guam saya bimbang jika ditahan semula menyebabkan beliau meminta saya untuk berada di sini sehingga petang ini," katanya.

Boy Iman sebelum ini ditahan reman di Ampang dan Shah Alam di Selangor, Muar di Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu di Kedah serta Kangar, Perlis untuk membantu siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan menipu.

Berdasarkan rekod, pihak polis menerima sebayak 210 laporan yang dibuat oleh orang ramai yang mendakwa ditipu oleh dua syarikat termasuk DBI Properties yang menawarkan harga rumah yang jauh lebih murah dari harga pasaran kepada pembeli. Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM 60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

-- BERNAMA

No comments

Loading...
loading...