Header Ads

Loading...

Kit Siang Patut Bersara - Abdul Rahman


SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dinasihat bersara daripada politik dan memberi laluan kepada calon yang lebih progresif, inklusif dan bertanggungjawab.

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, kedudukan Kit Siang yang kekal meneraju DAP sejak sekian lama menampakkan beliau seolah-olah seorang diktator dalam partinya sendiri.

"Menjadi pemimpin DAP selama 50 tahun tanpa dicabar sedangkan parti politik lain sudah berkali-kali menukar ketua, membuatkan Kit Siang kini menggalas imej sebagai diktator seperti mana pemimpin angkuh Korea Utara.


Loading...
"Beliau wajar memberi laluan kepada pemimpin yang seperti Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw untuk menerajui DAP secara demokratik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kit Siang juga wajar berundur daripada dunia politik berikutan keyakinan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN bersendirian.

"Walaupun DAP adalah parti politik terbesar dalam Pakatan Harapan. Sebaliknya, beliau menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bukan Ahli Parlimen pun untuk menerajui Pakatan.

"Kit Siang nampaknya sudah kehilangan taringnya dan adalah lebih baik beliau meletak jawatan dan bersara," katanya lagi.

Jelasnya lagi, Kit Siang juga jelas menolak tepi apa juga prinsip dimilikinya apabila mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal Forex bernilai RM33 bilion baru-baru ini.

"Ia adalah RCI sama yang didesak Kit Siang sejak dua dekad lalu, malah turut menghasilkan sebuah buku mengenainya.

"Pernah menyifatkan Dr Mahathir sebagai ‘musuh’ utama yang ingin menghancurkan bangsa negara dan Malaysia sepanjang 22 tahun menerajui pentadbiran negara, Kit Siang kini menjulang Dr Mahathir sebagai ‘penyelamat’ negara; tanpa sebesar zarah pun berasa malu.

"Berikutan tindakan tidak berprinsip itu, saya yakin Kit Siang kini menyedari kedudukannya sekarang sebagai liabiliti terhadap Pakatan Harapan," katanya.

-- Sinar Harian

No comments

Loading...
loading...