Header Ads

Ketua Tentera Indonesia Dihalang Masuk Ke Amerika


JAKARTA: Indonesia akan menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dan memanggil timbalan duta Washington di Jakarta untuk menjelaskan ketua tenteranya tidak dibenar masuk ke AS, kata seorang pegawai Indonesia hari ini.

Komander Angkatan Bersenjata Indonesia, Gatot Nurmantyo dimaklum syarikat penerbangan bahawa pihak berkuasa AS tidak membenarkan beliau masuk ke negara itu ketika dalam perjalanan untuk menaiki pesawat semalam, menurut laporan media Indonesia.


Loading...
Difahamkan, Nurmantyo ke AS atas jemputan pengerusi ketua kakitangan bersama dan bekas ketua Kor Marin AS, Jeneral Joseph F Dunford Jr Beliau juga akan mengambil bahagian dalam forum yang dianjurkan Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa di Washington esok.

Jurucakap kementerian hal ehwal luar negara Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata, Nurmantyo sudah memaklumkan kepada kementerian mengenai halangan kemasukan itu tetapi tidak dapat mengesahkan butirannya.

Kementerian itu juga akan memanggil timbalan duta AS di Jakarta pada Isnin untuk mendapatkan penjelasan, kata Nasir. Difahamkan duta itu kini tiada di Indonesia.

Sementara itu, Kedutaan AS di Jakarta gagal dihubungi untuk mengulas perkara itu. - Reuters

No comments

Loading...